Skip to main content

TIKAM


Pernah tak rasa macam hati kau ditikam macam kena tikam dengan pisau? Paling sakit bila kau ditikam oleh orang yang kau sayang, orang yang kau paling percaya, orang yang kau selalu luahkan perasaan. Trust me, dalam banyak banyak kawan kau, akan ada beberapa kawan yang ada dalam circle kau tu diam diam benci kan kau. Depan kau, dia lah paling rapat ataupun dianggap “best friend forever” lah dalam erti kata lain. Dia lah yang paling rasa that s/he knows the best about you. Tapi pernah tak kau terfikir yang kau akan ditikam oleh kawan kau sendiri? Kalau benda tu betul-betul berlaku, kau rasa kau boleh terima tak? Ke kau cuba untuk menafikan dan hanya bersangka baik sahaja? Dalam hidup ni, kita tak boleh nak letak kepercayaan tu seratus peratus dekat seseorang walau rapat macam mana pun kita dengan dia. Bagi aku, tak semua masalah dalam dunia kau boleh cerita dekat orang yang kau rapat. Aku bukan nak bersangka buruk, tapi mungkin suatu hari orang yang kau rapat tu boleh gunakan masalah kau tu sebagai bahan untuk dia tikam kau. Aku bukan lah nak kata semua orang yang kita rapat tu akan tikam kita dari belakang, cuma sebagai langkah berjaga-jaga sebab kita tak nak hati kita yang sakit di kemudian hari. 

Aku pernah dipalau oleh kawan yang aku rapat semasa zaman sekolah. Ini aku ceritakan berdasarkan pengalaman yang aku kena hadap suatu ketika dahulu. Ini bukan bermaksud aku tak boleh lupakan, aku sudah pun lupakan dan aku sudah maafkan orang tu. Tapi ini sekadar luahan sebab aku rasa content aku berkait dengan apa yang aku pernah hadap dulu. Memori tu masih aku ingat sampai bila-bila. Waktu tu kami tingkatan 3, ya aku tahu masing-masing masih tidak matang tapi aku nak cerita jugak. Aku sedar yang kawan-kawan aku tu mula palau aku sebab cara dorang layan aku tu berbeza daripada sebelumnya. Yang buat aku rasa terkilan adalah dorang palau aku tanpa bagitahu aku apa sebabnya, they only gave me a silent treatment. Masa tu aku macam lost jugak lah sebab selalunya waktu rehat sama dengan dorang, pergi mana-mana pun dengan dorang. Aku ni dah lah jenis yang tak ramai kawan sebab aku seorang yang introvert dulu, aku susah nak jadi friendly dengan orang. Jadi bila dorang layan aku macam tu, obviously aku akan lost. The next few days, aku macam geram sebab dorang palau aku without a solid reasons, kalau kau dekat tempat aku, mesti kau rasa geram kan sebab kau secara tiba-tiba kena palau dengan orang yang kau rapat. Aku beranikan diri untuk tanya salah sorang daripada kawan aku tu kenapa dorang buat aku macam ni. Surprisingly semuanya disebabkan oleh seorang ‘lelaki’. I repeat, LELAKI. That lelaki was not her boyfriend pun, cuma sekadar crush. Aku betul betul tak boleh terima yang dorang palau aku semata-mata sebab lelaki. Kau imagine lah betapa tak matangnya masing-masing, lebih sanggup palau kawan hanya sebab lelaki. Bila aku fikir balik pasal benda ni, aku rasa nak tergelak sebab kitaorang gaduh atas sebab yang tak munasabah. Bukan sebab aku rude dekat dorang or bukan sebab aku tak jaga mulut aku, tapi sebab lelaki yang bukan siapa siapa. Lelaki tu sendiri tak tahu kewujudan kawan aku tu. Aku tak nak cerita secara detail pasal lelaki tu sebab aku masih tak mampu nak luahkan segalanya dekat virtual world ni. Kenapa? Kau tak perlu tahu. Zaman sekolah bukanlah sesuatu yang manis pun, aku rasa lebih banyak pahit daripada manis. Mungkin manisnya ada bila aku masuk tingkatan 4 dan tingkatan 5. Mungkin. Tapi waktu aku rasa macam dipalau jugak. Apa lah nasib aku asyik dipalau kan? Tapi yang tu Cuma perasaan aku je, dorang masih layan aku seperti biasa. You know the feeling macam kau rasa someone tu sebenarnya tak suka pun kau, I’m pretty sure kau pernah ada perasaan tu. Aku rasa macam aku sentiasa jadi dorang punya last option, lebih kurang macam tu lah. I wish I can delete all my sekolah menengah punya memories sebab aku tak berapa nak jumpa kemanisan alam sekolah tu. But tak semua lah aku rasa nak delete, ada a few memories yang buat aku rasa rindu. Enough of this shit, aku sambung balik apa tujuan aku buat post ni. Rasa sakit ditikam oleh orang yang kau rapat. Trust me, kawan tikam belakang lagi sakit daripada kau break up dengan boyfriend kau. This is serious shit, siapa pernah rasa tahu lah macam mana rasa sakit dia. Tapi ego tinggi melangit tak nak face to face dengan orang tu sebab kita rasa macam buat apa nak face to face lagi kalau orang tu sendiri dah tak sudi nak berkawan kan? Prinsip aku senang je, nak kawan, kawan. Taknak kawan, sudah. Easy kan? 

So, what I am trying to say is jangan terlalu percaya dekat orang yang kau rapat. Ada jugak sesetengah orang betul betul sayangkan kawan dia tu sampaikan lebih daripada diri sendiri. You better avoid that, lebih baik sayangkan diri sendiri dulu sebelum nak peduli pasal orang lain. Bukan bermaksud aku galakkan untuk jadi selfish tapi baik tu biar berpada. Jahat jangan sekali. Sebab apa? Sebab kalau kita terlampau baik dengan orang yang kita rapat tu, dia akan mula ambil kesempatan. Tak kisah lah dari segi apa pun. Dia punya ambil kesempatan tu sampaikan kau boleh tak sedar, secara halus je. Kau akan sedar lambat yang dia sebenarnya tengah ambil kesempatan ke atas kau. Bunyi macam dahsyat kan? Pantang orang baik sikit mesti ada je yang nak ambil kesempatan. Yang ni aku tujukan secara random je, siapa yang terasa tu, padan muka sebab dia mungkin salah seorang yang selalu ambil kesempatan tu. HAHA. Aku membebel panjang-panjang macam ni bukannya ada orang sudi baca pun tapi aku peduli apa kan? Biasalah waktu tengah-tengah pagi macam ni, memang aku punya fikiran bercelaru sikit. Late night thoughts orang kata. Aku rasa cukup lah sampai sini sahaja aku punya late night thoughts, just enjoy je lah baca and no hard feelings, okay? You gotta move on because you only live once, forget and forgive everyone that makes you hurt in the past. Peace. Adios!

Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA

My name is Wan Nur-Maisarah binti Wan Ramli and I'm 20 years old. I was born in Selangor but I live in Negeri Sembilan for almost 15 years. Next, I'm currently studying at Alpha College of Technology as a Bachelor in Business Administration student semester one. The reason why I choose to study in this college because it's so near with my house which is I can stay with my parents so I would never feel homesick and so on. Futhermore, my perspective about this college wasn't very good at first because I thought it's just a normal private college. But then, I've met the owner of the college to explain all about the college and then, I know that Alpha College of Technology is a college under Universiti Utara Malaysia (UUM), one of the biggest university in Malaysia which located in Sintok, Kedah. I am so thankful to Allah because He gave me a chance to pursue my degree in Business Administration. Becoming a businesswoman is one of my ambition since I was in se...

FINAL EXAM SEMESTER ONE 2017/2018

All students are given "study week" to study and be prepare for final exam. But-- did you know what I did on my study week? Watching Dragon Ball Super non-stop until episode 120 and didn't even study for my final exam. WHAT THE HELL IS WRONG WITH ME. Ah, shit. Do you know the feeling that you want dean list but you're so lazy to study at the same time? I'm pretty sure almost all students has these kind of feelings. Besides watching Dragon Ball, I also hangout with my mom and sister, we watched movies and so on. AGAIN, DID NOT STUDY AT ALL. I was so insecure when all my friends are studying so hard and even stay up until late night to study. Wow I salute all of you guys who did that. Well actually, I also did that yesterday. I DON'T EVEN SLEEP BECAUSE I WAS STUDYING. / Futhermore, I have 5 subjects for final which are Management, Kenegeraan Malaysia, TITAS, Basic Entrepreneurship and Business Account. And you know what's the most subject that I...